Thursday, March 13, 2008

Kekayaan, Kejayaan Atau Kasih Sayang?

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila
dia terlihat tiga orang
lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna
putih sedang duduk dihalaman
rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu
bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti
awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."
"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah
keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu,
wanita itu pun
memberitahunya kejadian tersebut.
"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan
menjemput mereka masuk
kedalam sekarang!"
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki
tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama,"
mereka menjawap.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan,"
Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang
kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi,
"Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."
Dia menyambung lagi,
"Sekarang masuklah semula kedalam
rumah dan berbincanglah dengan suami awak,
siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah.
" Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya!!" dia berkata.
"Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk.
Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini
dengan Kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju.
"Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"
Kebetulan, menantu perempuan mereka juga
sedang mendengar perbualan itu
dari satu sudut rumah yang lain.
Dia lalu menyampuk
dan memberikan pandangannya : "Bukankah lebih baik sekiranya kita
menjemput Kasih Sayang?
Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu,
" kata suami itu kepada
isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu
kita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga
lelaki tua, "Yang mana satu diantara
kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan
jadi tetamu kami."
Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah.
Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya.
Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang,
mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada
Kekayaan atau Kejayaan,
yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana
awak telah menjemput Kasih Sayang,
kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.Dimana ada
Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan`
Kejayaan!"

No comments: