Jangankan lelaki biasa, nabi pun sunyi tanpa wanita Tanpa mereka fikiran dan perasaan lelaki akan resah Masih mencari walau ada segalanya Apa yang tiada didalam syurga? Namun Adam tetap rindukan Hawa Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok itu untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu tidak lurus? Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayangan yang lurus Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah swt Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa olehNYa Didiklah mereka dengan panduan Ilahi.
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta Kerana nantinya mereka akan semakin liar Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan Kerana nantinya mereka akan semakin derita Kenalkanlah mereka kepada Allah swt zat yang kekal Disitu punca kekuatan dunia.
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu Hati separuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman Perasaannya selembut sutera…Hiasilah dengan akhlak Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya?>Mereka akan melihat dan keadilan Tuhan Bisikkanlah ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya Pasti tidak akan terhibur dan menghiburkan Tanpa iman, ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus Bahkan mereka akan menjadi semakin bengkok Itulah akibat wanita tidak kenal Tuhannya.
Bila wanita menjadi derhaka, pasti dunia lelaki akan menjadi huru–hara Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata Tetapi binalah kepimpinan Pastikan sebelum memimpin, pimpinlah diri kepadaNya Jinakkanlah diri kepada Allah Insya–Allah akan jinaklah segalanya di bawah pimpinanmu Jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah Azzahra Andai dirimu tak sehebat Saidina Ali Karamullah Wajhah.
Monday, March 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment